You are currently browsing the monthly archive for July 2009.

yesszaaa… sudah hampir sepurnama blog ini menyepi. aku bukan menghilang tetapi sangat sibuk dengan kerja-kerja duniawi yang merupakan punca pendapatan aku. kadang-kadang mood aku untuk berblogging pudar sedikit dek kerunsingan kerja yang bertimbun. lumrah hidup usah dibicarakan..tetapi aku tetap masih cuba membri kesegaran pada blog yang amat aku cintai ini..

teruskan pada agenda utama, pada hari ini bersamaan 26 julai aku telah mengambil kesempatan untuk mengikuti sesi photowalk bersama komuniti fotografikr yang merupakan sebuah forum yang amat menarik sekali unutuk dikunjungi. seramai lebih daripada 25 org ahli termasuk yang belum mendaftar telah menghadiri acara ini. kami telah diagihkan kepada 3 buah kumpulan dan telah diberikan tema tangkapan yang berlainan untuk setiap kumpulan. kumpulan kami telah diberikan tema merah iaitu setiap objek atau subjek yang dicapture harulah mempunyai unsur merah. acara dimulakan dari Pasar Seni iaitu Central Market dan berakhir melingkungi Masjid Jamek. Hasilnya aku telah mendapat pelbagai unsur merah dan sedikit ramuan photoshop telah diadukkan untuk menambah rasa di dalam gambar tersebut.

aku belajar sesuatu hari ini..aku berpendapat di dalam seni penglihatan, pengasahan minda amat perlu untuk melihat sesuatu yang luar dari kotak pemikiran kita. aku selalu melihat setiap objek yang sama berulang-ulang kali dan aku sentiasa melalui satu kawsan yang sama setiap hari. bersikap ALERT pada keadaan sekitar menghasilan satu asahan minda melalui mata iaitu satu seni yang orang biasa jarang dapat menilai. untuk menjadi seorang jurugambar atau photojournalist, perkara ini amat penting untuk dititikberatkan supaya hasil dan kualiti kerja kita akan lebih berkualiti dan unik. secara konkluksinya aku sangat bersyukur kerana telah didedahkan dengan satu ilmu walaupun ia tidak berlaku secara langsung. terima kasih kepada fotografikr community untuk acara kali.

“Setiap Hari Otak HOkka Cuba Memerah Pendapatnya”

 

teaser1

Good a lot of editing need to be done. its been a busy week for me eventhough a lot of trouble came through my mind. Syukur Alhamdulillah i only have classes for 2 days per week and i got a plenty of time to focus on my editing and also my research for my assesment in the college. i hope this work could amazed me at the end of since the ideas didnt come very well due to my sicked mood. Stay tune for the next episode of this memorable wedding ever..

Perkahwinan ini dilangsungkan di Melaka bandar bersejarah dan telah diadakan dengan meriahnya. Terima kasih kepada saudara Wandy kerana sudi memngajak aku untuk wedding kali ini. Kami berasa sangat gembira kerana amat mudah untuk kami bekerjasama dengan pasangan ini kerana mereka amat sporting dan pandai mengambil pose. Terima kasih kepada kak Mawar dan abg Safri kerana memberi kepercayaan kepada Photohunter untuk mengabadikan kenangan yang paling indah dalam hidup kalian.

Untuk gambar-gambar perkahwinan yang lain sila klik di SINI

Yang benar,

fareezkario

aku percaya setiap batas kemampuan seorang manusia tidak menjadi penghalang untuk aku terus yakin bahawa aku boleh melakukan sesuatu yang amat sukar dilakukan oleh orang lain. perkara yang ingin diketengahkan di sini bukanlah merujuk kepada kekuatan diri tapi semangat seseorang itu untuk terus maju ke hadapan untuk mencapai apa yang diingini oleh seseorang. BREAKING THE LIMIT bukan sekadar satu motto iklan yang terpampang di media massa atau corong suara media sekeliling kita tapi mesej yang ingin disampaikan sepatutnya mendorong kita untuk lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu kerjaya di dalam hidup kita. mungkin sesetengah kita ingin mencapai sesuatu impian tetapi belum cukup inspirasi motivasi dalam kotak hati mereka. Permasalahan ini hanya debu-debu kata dari mulut yang berbaur MALAS untuk bergerak mencari jalan penyelesaian. Percayakah anda jika aku mengatakan seorang manusia mampu berlari lebih pantas dari kebiasaan jika mereka dikejar anjing liar di kawasan perumahan mereka? ini membuktikan tahap kemampuan manusia boleh dilepasi dengan senangnya jika kita percaya dan yakin atas diri kita…

p/s: gambar ini dicapture oleh wandy ketika aku cuba menarik keretapi yang mempunyai 8 gerabak. percaya atau tidak?

untuk gambaran yang lebih jelas sila klik di SINI

July 2009
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Flickr Photos