Pada 2 Ogos yang lalu, aku bersama arie si tukangbuatshushi telah pergi ke Sg. Pelik berdekatan dengan Pekan Sepang atas satu kerja perkahwinan. Perkahwinan di antara Najib dan Mass ini diadakan dengan meriah dan happening dengan paluan kompang dan MC yang ditempah khas untuk menghiburkan tetamu2 yang hadir. Majlis resepsi yang berlangsung selama dua hari ini memberi kenangan yang bermakna buat kami kerana dapat menikmati suasana yang selesa sepanjang majlis. oleh kerana kampung ini berdekatan dengan Bagan Lalang, kami sempat juga mengambil angin tenang pada sebelah petang di tepi pantai tersebut sambil melihat gelagat pengunjung dan pelancong yang ada di situ. sepanjang majlis itu juga kami sempat berkenalan dengan beberapa gadis comel dan kiut yang tidak pernah merungut melayan kerenah kami..Album pasangan ini telah selamat kami serahkan dan kami berharap pasangan tersebut puas hati dengan hasil kami..kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan di dalam album  tersebut.

‘mari berbuka puasa di Bagan Lalang’

Advertisements