You are currently browsing the monthly archive for March 2009.

pada minggu-minggu yang mendatang mungkin blog aku ni akan nampak lebih berhabuk atau dengan bahasa saintifiknya tiada update. bukan aku nak bungkus atau pindah ke mana-mana portal atau laman yang lain tapi aku mungkin akan lebih sibuk dengan tugasku sebagai seorang guru. aku akan berada di Klang hampir 2 bulan dan kemungkinan kemudahan internet atau jalur lebar agak susah untuk aku dapati di sana. jikalau nasib aku baik mungkin sebarang pengemaskinian blog akan berlaku jika terdapatnya kemudahan internet di sana. jadi, jangan hairanlah jika blog aku nampak seakan-akan suram. janganlah ada yang bertanya ” nak aku tolong tiupkan habuk di blog ko ni ke?” atau ” weh, bro..bila nak update” kerana sebarang soalan yang sebegitu sememangnya membuatkan aku tertekan.

kenapa aku berada di klang? sememangnya jarak dari klang ke kl bukanlah sejauh mana pun tapi jadual aku amat padat dari jam 7 pagi hingga 3 petang membuatkan aku bersa amat jauh tercampak. mungkin bukan tercampak kerana jarak tetapi tercampak dari jadual aku sebagai freelance jurutangkap gambar. sebarang update yang mendatang mungkin akan berunsurkan pendidikan atau budak-budak sekolah yang melompat-melompat di di dalam kelas seperti budak-budak gig yang melakukan aksi mosh di dalam gig-gig sekitar kota.

jikalau ada masa mungkin akan berlakunya update..kepada pengunjung-pengunjung blog, janganlah patah hati untuk melayari blog aku yang x seberapa ni. aku akan berusaha untuk mengemaskini jika ada ruang di antara masa nanti. di sini ada sedikit gambar-gambar wedding ketika aku berada di pasir mas beberapa minggu yang lepas. Wan dan Ina merupakan pasangan yang sempoi dan cool. mudah untuk kami beramah mesra dengan mereka ketika kami berada di sana. harap korang dapat anak cepat-cepat..hehe

harap maaflah jika gambar-gambar aku ni tidak cantek. sesungguhnya aku belum cukup ilmu lagi untuk menjadi seperti pro-pro atau otai-otai di luar sana. cacilah aku jika ada kesilapan dan aku akan memperbaikinya pada masa akan datang. tidak salah jika aku mengatakan aku ni bukan seorang jurutangkap gambar wedding kerana tiada sijil yang mengatakan aku ini seorang jurugambar wedding. aku hanya jurugambar bebas.

‘aku bukan seorang wedding photographer’

 

jika anda berkeyakinan dengan hasil kerja saya, boleh lah menghubungi saya melalui:

phone no: 013-3618815

Ym or Email: fareez_kariovaskular@yahoo.com

Advertisements

Saya ingin menjemput saudara-saudara sekalian yang berminat dalam photography atau keindahan alam flora dan fauna untuk memasuki competition ini dianjurkan oleh Genting. Yang paling menarik adalah hadiah yang sangat lumayan..cepat dan jangan lepaskan peluang keemasan ini..jumpa di sana!!

 

segala terma dan syarat boleh dirujuk di  sini

on 20 of march..last friday, i wake up early in the morning(actually i didnt slept at all) just to watch what is this hot balloon fiesta is all about.. at 6.30 in the morning..gosh!! the sun not rise yet..i hope i could wake up to work by that early everyday..impossible..hehe

the moment i arrive there, it is my luck that i’ve given opportunity to go inside the  field to watch from a very deep close on how this balloon look like.. a little bit aborigine because this is my 1st time watching from a very close distance(just able to watch on tv only). i was able to see how they organize the balloon and generate the hot air to the balloon. this are some of the pictures that i’ve have taken on that early morning..

actually the hot balloon still close to the ground and in process to go up on the air..

this picture look like the lady and the guide are sitting on the air with a comfortable chair with them. i really wanna ride this type of hot balloon..i guest it is not my lucky day though..

the inside of the balloon leave a beautiful pattern and it is interesting for me when i’ve an opportunity to go inside this balloon..woww..it is enjoyable..

this is how the generator of the balloon look like… this pic been taken when i have been choose to be a passenger for this hot air balloon.. what a lucky day for me..it is hot actually..feels like burnin on the to of my head..

the view from the top..it is my chance to look down to other people..but really..everything around putrajaya can be see from here..what a lovely morning..smilez=] (got free pass because i’ve told them i’m a photographer from the local magazine..i dun believe they believe it..hehe)

they dun wanna let me go…actually this hot balloon need to go down for the next people to hitch on..

its burnin..someone get the water please..

the plenty of balloons have different kind of pattern and colors..the balloons still in preparation…

the candid of the day: a gorgeous young lady who is the owner of the elephant hot balloon give a nice pose for me before i went back to continue my sleep.. she has asked me for my email because she want her picture..actually she ask me to have lunch with her but it is Friday..Jumaat prayer is more important..hehe..

i sound silly when i speak in English, fareezkario 2009

namaku fareezkario

namaku fareezkario

 Sudah lama aku tak menyentuh adobe photoshop secara mendalam..rasa-rasanya sudah lama jugak aku tak bermain dengan editing..asyik selalu dengan minor editing je..teknik-teknik yang aku belajar dulu banyak yang dah hilang..ada sesetengah je yang aku ingat..kene bukak tutorial lagi gamaknya..

minggu ni merupakan cuti sekolah dan aku seperti biasa akan kebosanan melayan cuti sekolah ni tanpa sebarang aktiviti yang menarik.Yang ada pun cuma di hujung minggu..job-job yang menunggu masa untuk ditunaikan. sebenarnya ada je assigment yang perlu dibuat tapi kaki ni lemah untuk melangkah dan otak ni terlalu kering untuk diperah untuk mendapatkan idea dalam pembikinan struktur ayat..aku perlukan momentum sekarang ni..ada siapa-siapa yang boleh berikan aku momentum?

aku harap minggu ni aku boleh selesaikan semua kerja-kerja tertangguh aku..

 

fareezkario,

bukan wedding photographer

 

tetapi bagi sesiapa yang berani mengambil saya sebagai official photographer anda bolehlah menghubungi saya melalui:

no tel: 013-3618815

Email or YM: fareez_kariovaskular@yahoo.com

dsc_00201

fareezkario

freelancer photographer

no tel: 013-3618815

email or ym: fareez_kariovaskular@yahoo.com

ketapi1

sabtu lepas aku dan ari dapat satu job wedding. Sebenarnya Am(TuaiConcept) yang punye job tapi beliau ada hal penting jadi kami telah mengambil alih tugas beliau..dipendekkan ceritanya kami bertolak ke Pasir Mas, Kelantan menaiki bas dan perjalanan amatla membosankan sebab tiada apa yang dapat kami buat sepanjang perjalanan..selama 9 jam kami duduk melihat ke luar jendela bas..sekejap hujan sekejap panas..ditambah lagi jalan yang jem sepanjang perjalanan dari gua musang..sebab cuti sekolah agaknya..mujur kami selamat tiba di rumah pengantin.. perjalanan majlis berjalanan lancar tetapi  hujan sepanjang hari mengganggu kami untuk membuat outdoor shooting..sedikit gambar akan aku paparkan pada entry akn datang.

ketapi2

perjalanan balik kami ditaja lagi oleh pihak pengantin. Kami minta untuk balik menaiki keretapi..saje je merasa macam mana nek keretapi ni..malangnya kami dapat kelas biasa je..mulanya memohon untuk yang ade katil tapi da abes plak..huhu..so x kisah sgt..yg penting balik..hehe..kami berangkat balik dalam pukul 7 so xdela sgt view2 yg menarik yang dapat kami tangkap..lagipun badan da lembik sgt..sepanjang perjalanan balik kami tdo je..huhu..

ketapi3

mujur keesokannya cuaca x hujan, so sempatla captured sekeping dua sejurus selepas subuh..kami tiba di kuala lumpur pada pukul 9.30 pagi..perjalanan yg memenatkan..jumpa katil je terus tdo sampai petang..

ketapi4

ketapi5

p/s: entry wedding akan dimasukkan nanti..coming soon

‘mood malas untuk menulis’

Pada 6 Mac yang lepas aku telah berangkat ke Kuala Kangsar sekali lagi untuk menghadiri majlis resepsi cousin aku iaitu Farid dan isterinya iaitu Ayu. Majlis berlangsung selama 3 hari iaitu hari pertama di sebelah pengantin perempuan yang diadakan di Jawi. Hari kedua pula berlangsung di sebelah pihak lelaki pula yang diadakan di Dewan Tenokrat SM Teknik Taiping. Hari ketiga diadakan khas untuk jemputan VIP yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Perak. Alhamdulillah majlis yang memakan beribu-ribuan ringgit Malaysia ini telah selamat dijalankan dengan lancarnya. Untuk pengetahuan semua aku buat pertama kalinya membuat pelamin pengantin dan hasilnya sangatlah membuatkan aku teruja(dengan wajah riak..hehe). Tahniah diucapkan kepada cousin aku dan semoga beliau dikurniakan cahaya mata cepat-cepat..boleh aku snap gambar anakanda kamu tu..hehe..

sedikit gambar yang sempat aku framekan untuk tatapan semua.untuk pengetahuan semua aku bukan official photographer untuk wedding ini..hanya sekadar menyelit..terima kasih kepada official photographer tersebut kerana memberi chances untuk aku menyelit dalam kerja mereka..

‘aku bukan seorang wedding photographer’

tetapi tempahan boleh dibuat jika anda yakin dengan dan berani mengambil saya sebagai official photographer anda. sebarang tempahan boleh dibuat melalui

No Tel: 013-3618815

YM or email: fareez_kariovaskular@yahoo.com

kali ini aku ingin memaparkan sebuah cerita berkisarkan hidup seorang sahabat aku..beliau merupakan seorang moderator dan blogger yang sangat kreatif. sebarang info mengenai beliau terdapat pada link ini dan ini

nama aku bat. aku hanyalah seorang manusia biasa yang selalu dibelenggu dengan pelbagai kemelut jiwa yang menyentuh emosi dan perasaanku. di cuaca yang tenang di petang yang sunyi ini aku meratap ke luar jendela melihat keheningan senja yang seakan-akan memahami perasaanku. kicauan burung di balik hutan juga menyahut isi hatiku seakan-akan cuba bertanya pada kata hati ku…sudah hampir berapa lama aku masih memikirkan dirinya..adakah dia mendengar kotak hatiku memanggil namanya..cuba aku menjerit tetapi masih tidak kesampaian..yang menyahut cuma si kotak hati, iya..aku faham ini cumalah dugaan dalam sesuatu hubungan..bersabarlah..

aku pedulikan semua yang bermain di dalam mindaku..aku teringat pada rakan-rakanku yang tadi asyik mengajak aku ke sungai..mungkin mereka sudah di sana..mungkin ini saja caraku untuk melegakan perasaan gundah yang sentiasa mencucuk emosiku ini..aku terus menukarkan pakaian..sesampainya di sungai seorang rakanku sedang kusyuk mengambil wuduk..hampir terlupa aku pada tiang agamaku dek fikiranku asyik memikirkan tentang duniawi ini..Allah lah tempat yang paling sesuai untuk ku mengadu..Dialah yang Maha mengerti dan Maha memahami..aku terus ke tepi sungai untuk mengambil wuduk..

Alhamdulillah..jiwaku sedikit tenang..solat Asar telah selamat aku tunaikan..walaupun perasaan aku belum sepenuhnya pulih tetapi aku tetap lega bila melihat rakan-rakanku masih bersama aku untuk senyum bersamaku..tanpa membuang masa sungai yang sejuk itu bagaikan aku seorang sahaja yang memilikinya..menggigil sebentar kakiku sambil mengetap bibir kerana kesejukan sungai yang mengalir deras. alangkah nikmatnya jika hatiku sesejuk air sungai yang mengalir ini..sentiasa mengalir tanpa sebarang masalah..Argghh!!!..sungai ini menjadi mangsa emosiku..aku menyelam membiarkan diriku hanyut di bawa arus sungai..tetapi janganlah risau kerana sungai ini masih terlalu cetek untuk ku lemas..aku hanya lemas bermain dengan perasaanku sekarang..

aku penat..penat melawan kesejukan air Sungai Nuang..akhirnya aku menyerah kalah dan terus berlabuh di tepian sungai tersebut..aku memerhati rakan-rakanku gembira seakan-akan tiada masalah yang menyelubungi mereka..aku berfikir..mereka memang kuat berbandingkan diriku ini..tiba-tiba kedengaran seakan-akan keroncong versi unplugged bermain di dalam perutku..yup..aku belum menjamah sebarang makanan pun dari pagi tadi..aku harus makan..seberat-berat masalah yang aku alami..lagi berat masalah jika aku tidak makan..aku terus mengajak rakan-rakanku untuk balik..kebetulan juga senja sudah menyinsing..adakah baiknya jika aku beredar..sesampainya aku di pondok usangku..aku terus memasang arang..sekali lagi keroncong perutku berbunyi menandakan sudah tiba waktunya untuk makan..petang itu aku berlaukkan ikan bakar bersama sambal tumis..termakbul perutku..tersenyum hatiku..BURRPPP!!!

aku mendapat satu kesimpulan setelah sekian lama aku hampir gila memikirkan masalah yang aku hadapi..aku berpendapat setiap masalah yang di hadapi bukan patut diterima dengan keluhan tetapi harus diterima dengan penyelesaian yang positif..setiap orang yang berpijak di bumi tuhan ini memang akan mengharungi rintangan yang pelbagai..cuma iman kita sahaja yang harus kita pertahankan supaya kita tidak lari dari jalan penyesaian yang betul..sentiasalah beringat dan biarkan fikiran kita terbuka untuk mendapatkan petunjuk dariNYA..

p/s: cerita di atas hanya rekaan semata-mata..tidak ada kena mengena dengan saudara bat yang dihormati dan disanjungi..

‘aku masih merangkak lagi untuk mencari erti hidup’

March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Flickr Photos