You are currently browsing the monthly archive for February 2009.

kamu semua mesti ingat aku adalah seorang yang poyo kan?sebab aku meletakkan gambar aku sendiri di dalam blog ni..hehe..sememang aku kadang-kadang poyo jugak tetapi aku bangga dengan aku sendiri jadi aku tidak malu untuk meletakkan gambar aku sendiri..hehe

tidak banyak yang ingin ku katakan..aku sedia menunggu kritikan-kritikan dari kamu semua..hehe(bergaya seorang cool). kritik jangan tak kritik..(^_^)

interframe siot..hehe

‘siapa yang suka diri sendiri angkat tangan!!’

berani mengambil saya sebagai wedding photographer anda?

sila contact:

no tel:013-3618815

ym: fareez_kariovaskular@yahoo.com

pada 21 februari lepas aku berada di kuala kangsar untuk menghadiri akad nikah cousin aku yang berlangsung di masjid Jawi iaitu di kawasan rumah pengantin perempuan. sebenarnya aku bukanlah official bg akad nikah cousin aku ni tetapi aku tetap gatal tangan nak snap2 cket untuk nikah diorang nih..official nye ade tapi datang lewat plak..jadi macam aku pulak yang official photographer untuk wedding nih.. papehal pon tahniah buat cousin aku kerana selamat melafazkan akad nikah dengan sekali lafaznye..majlis resepsi akan berlangsung pada bulan Mac ni pada 8 Mac ni rumah pengantin lelaki di Kuala Kangsar. sedikit gamabr untuk tatapan semua..sedikit je..xleh banyak-banyak..hehe

‘aku bukan seorang wedding photographer’

tempahan boleh dibuat jika anda berminat untuk menjadikan saya sebagai wedding photographer anda..

contact number: 013-3618815

YM: fareez_kariovaskular@yahoo.com

early years

petang ini aku memerhatikan sebentar di luar jendela..cuaca sedikit mendung tetapi mentari masih cuba untuk menyinar dari celah kelompok awan kumolonimbus..mungkin hendak hujan agaknya..aku tertarik pada satu pohon kecil,setahu aku beberapa hari lepas pohon itu kecil lagi..begitu cepat ia membesar..membesar bersama-sama daun daunan kecil kehijauan..dulu ia hanya bercambah dari sekecil benih yang ntah dari mana asal usulnya..mungkin suatu hari nanti pohon itu akan layu juga dimamah usia..begitulah kehidupan manusia..

the love

aku bersyukur kerana dilahirkan menjadi seorang manusia yang cukup sifatnya..sesetengah manusia ada yang kurang sempurna,tapi setiap kelemahan yang ada pada mereka digantikan dengan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah swt..tetapi aku masih tidak faham ada juga manusia yang tidak bersyukur malahan bersikap riak dan takabur seperti tidak pernah tahu asal usulnya..mereka lupa pada asal mereka,lupa pada bumi yang mereka pijak..kenapa perlu kelompok-kelompok ini menjadi terlalu taksub dengan apa yang mereka ada pada duniawi ini..jawapannya ada pada kotak hati kita sendiri..aku juga lemah tetapi aku masih cuba untuk bertongkatkan pada iman dalam hati aku..

they run for happiness

semakin hari kita di mamah usia..setiap hari semakin banyak pengalaman yang kita belajar..tanpa kita sedari hidup kita semakin lanjut dan semakin hampir kepadaNya..bayangkan satu batu yang amat keras sekali di tepian pantai yang kuat ombaknya..sekeras-sekeras batu itu tetap juga akan haus dikikis ombak yang lembut sifatnya tetapi keras kelakuannya..batu itu adalah kita dan ombak itu adalah dunia kita..pada hujung umur kita cuba fikir apa yang tinggal..dari sekarang cubalah mengumpul sebanyak mungkin amalan untuk dijadikan perisai di hari pengadilan nanti..

old time

‘sirami hati dengan rasa taqwa’

hari ini masyarakat hindu telah meraikan hari perayaan mereka iaitu thaipusam..sebenarnya aku x berapa faham konsep thaipusam ni.tetapi yang aku tau keadaan di tempat perayaan betul2 membuatkan aku seram sejuk..tetapi berbekalkan semangat kental..aku persetankan semua itu..seramai berbelas jugak la geng2 jurugambar  yang aku kenal berkumpul pada pagi2 lagi untuk mendapatkan shot2 yang best2..segala jenis bau dan keadaan yang kurang menyenangkan bukan alasan untuk aku tidak meredah banjiran kelompok hindu yang ingin bersenbahyang di situ..

kalau aku diberi peluang untuk menghadirkan diri ke situ lagi,mungkin aku akan berfikir semasak-masaknya..nak tahu kenapa?anda pergilah tahun depan okeyh..

untuk paparan yang lanjut dan lebih jelas sila klik di sini 

 

ke arah gemilang

mungkin ramai yang tidak tahu yang aku merupakan bakal pendidik pada masa akan datang.bidang fotografi merupakan minat aku sejak dari bangku sekolah lagi..tetapi minat aku dalam bidang perguruan ni merupakan satu anugerah bg aku..tugas seorang guru untuk mendidik anak2 bangsa merupakan tugas yang amat berat sekali dalam dunia ini..

kenapa aku berkata demikian?

cuma anda bayangkan anda menjadi seorang doktor..anda bertugas setiap hari setiap malam..tiba2 ada seorg pesakit tenat dan anda anda bertanggugjawab untuk mengubatinya..tetapi malangnya pesakit itu tidak lama..anda telah kehilangan seorang pesakit yang dipertanggungjawabkan di bawah pemerhatian anda..anda mesti rasa bersalah..tetapi dalam dalam beribu2 pesakit hanya dia seorg yg telah gagal anda selamatkan..

senyum dari hati

cuba bayangkan pula anda adalah seorg guru..anda mengajar di dalam sebuah kelas yang mempunyai lebih kurang 30 org anak murid.cuba bayangkan anda telah menyampaikan ilmu yang salah kepada 30 org anak murid tersebut..murid2 tidak akn mengatakan anda salah tetapi ilmu yang diterima oleh mereka mnyebabkan mereka tetap percaya yang guru adalah betul..selama bertahun2 mereka menganggap apa yg kita ajar itu betul..lebih bahaya lg kalau pada masa akn dtg mereka turunkan ilmu yg kita sampaikan kepada ank atau cucu cicit mereka..bayangkan berapa banyak dosa yang kita dapat jika menjadi guru yang kurang bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu(kurang bersedia atau cuai)..

sama jugak kalau anda menyampaikan ilmu yg betul..pahala yang anda akn dapat tidak akn putus2 jika ilmu yg kita ajar secara betul itu diturunkan turun temurun oleh anak murid kita..betapa besarnya pahala seorg guru..

kesimpulannya..tugas guru bukanlah sesuatu yang mudah..kita harus sentiasa menghargai guru kita tidak kira garang atau menjengkelkan kerana ilmu itu hanya sekali kita boleh tuntut..jika terlepas masa akan datang kita mungkin akan menyesal..

pengawas darjah 4

p/s: belajar fotografi pon kenalah banyak menuntut..baru ilmu kita kan berkembang..jangan kedekut jika ada ilmu baru yang kita tahu..share2 sesama kita..

‘Majulah Fotografi Untuk Jiwa Bangsa’

berlari-ke-langit

dalam hidup ini kadang-kadang kita hrus berlari untuk mencapai sesuatu yang kita ingini..

dalam hidup ini kadang-kadang kita harus mengetepikan sesuatu yang kita angankan

untuk mencapai sesuatu yang lebih dari sebuah angan

hidup ini tidak selalunya indah

tetapi yang pahit itu selalunya ada kemanisan di hujung rasa

berlarilah..terus berlari

perlahan gerak tari mungkin mengundang kelemahan

terus mengejar sesuatu yang indah

satu peluang dapat dicapai dengan satu kesungguhan..

‘malam ini bintang menyinar indah’

February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Flickr Photos