You are currently browsing the monthly archive for August 2009.

Pada kali ini, majlis perkahwinan diantara Sofy dan Adib telah dilangsungkan di Johor Bahru.Majlis berlangsung dengan lancar dan ramai tetamu telah hadir. Perkahwinan ini merupakan majlis perkahwinan abang kepada rakan rapat saya di dalam institut selama 5 tahun. terima kasih kepada saudara bob dan abangnya yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengabadikan kenangan di dalam majlis yang amat penting sekali buat mereka. Keluarga mereka amat peramah dan sudah tentu segala jenis makanan amat cukup mengenyangkan selama 3 hari saya tinggal bersama mereka di Gelang Patah. Kepada pihak pengantin, tahniah diucapkan dan anda berdua memang sporting habis. album akan diserahkan kepada mereka tidak lama lagi dalam masa yang terdekat.

‘hari-hari ada kerja, hati banyak suka’

‘take their hand and bring them the joy of life’

Pada 2 Ogos yang lalu, aku bersama arie si tukangbuatshushi telah pergi ke Sg. Pelik berdekatan dengan Pekan Sepang atas satu kerja perkahwinan. Perkahwinan di antara Najib dan Mass ini diadakan dengan meriah dan happening dengan paluan kompang dan MC yang ditempah khas untuk menghiburkan tetamu2 yang hadir. Majlis resepsi yang berlangsung selama dua hari ini memberi kenangan yang bermakna buat kami kerana dapat menikmati suasana yang selesa sepanjang majlis. oleh kerana kampung ini berdekatan dengan Bagan Lalang, kami sempat juga mengambil angin tenang pada sebelah petang di tepi pantai tersebut sambil melihat gelagat pengunjung dan pelancong yang ada di situ. sepanjang majlis itu juga kami sempat berkenalan dengan beberapa gadis comel dan kiut yang tidak pernah merungut melayan kerenah kami..Album pasangan ini telah selamat kami serahkan dan kami berharap pasangan tersebut puas hati dengan hasil kami..kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan di dalam album  tersebut.

‘mari berbuka puasa di Bagan Lalang’

congratulations to both of them

cerita tanpa irama

Dalam diri kita telah dijadikan hati…dalam hati kita telah dijadikan perasaan dan dalam setiap perasaan diciptakan naluri yang berbeza..mengapa harus manusia mempunyai perasaan dan mengapa harus naluri tiba-tiba muncul ketika kita berfikir..ini kejadian yang Maha Pencipta..Allah memberikan kita kelebihan lebih dari ciptaanNya yang lain iaitu hati dan perasaan..tapi masih ada lagi makhluk lemah ini yang masih belum sedar bahawasanya mereka ini sangat istimewa berbanding makhluk-makhluk yang lain..masih lagi berlagak..masih lagi dengki..masih lagi belum sedar antara baik dan buruk kelakuan mereka..

Di sini aku bukan mahu berceloteh atau mengadu tetapi aku telah sedar yang kita ini sebenarnya tersangatlah lemah dari apa yang kita jangkakan. bukan lemah dari tenaga tetapi lemah dari pemikiran..masih ada lagi yang tidak sedar tentang tujuan sebenar mereka dilahirkan di dunia ini.masih lagi terumbang ambing dengan keseronokan duniawi sehingga lupa yang mana darat dan yang mana laut..hanyut di dalam kotak hidup yang sentiasa terkunci oleh ringgit malaysia dan hiburan laknatullah..

mengapa hati manusia sentiasa ditutupi oleh garisan dan titik hitam kehidupan sehinggakan kebaikan yang dilakukan hanyaa sebesar zarah atom yang belum tentu dapat menutupi besarnya simbahan dosa di dalam hati mereka..aku yang tersangat jahil ini ingin mengingati kita semua samada yang besar pangkatnya mahupun kecil zakatnya yang hidup ini hanyalah ujian..lulus atau tidak terletak di tangan yang Maha Mengadili..

aku cuba membersihkan kotoran di ceruk hati usang

August 2009
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Flickr Photos