You are currently browsing the monthly archive for May 2009.

sudah sekian lama aku kurang mengambil berat mengenai blog aku ni..kekangan masa dan kerja-kerja sekolah yang berlambak menghalang aku untuk menatap blog aku yang serba indah ini..tapi kalian jangan risau kerana blog aku ni masih lagi bernyawa dan tiada sebarang serangga yang sempat lagi bersarang di blog aku ni.

bulan yang memenatkan buat aku..bermacam-macam kerjaan dan aktiviti yang aku kena hadiri..salah satunya wedding pasangan ni yang berlangsung di negeri sembilan…utuk pengetahuan semua, aku telah di tag oleh wandy untuk wedding ini bersama seorang lagi rakan kami yang bernama Salam…terima kasih kepada mereka kerana sudi mengajak aku yang tak sehebat mana ini…semasa berlangsungnya majlis aku berasa sangat selesa dan gembira kerana pasangan pengantin yang sangat sporting dan peramah membuatkan kami senang utuk melakukan tugas kami..kemudahan yang diberikan juga sangat selesa. terima kasih kepada pasangan pengantin kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengabadikan kenangan pada hari yang sangat bermakna buat mereka.

terima kasih kepada wandy dan salam kerana menge ‘tag’ aku..hehe

 

esok aku akan ke kuching..orang kuching jom berTT..

16 Mei merupakan hari yang bersejarah buat semua guru di Malaysia di mana semua guru diraikan pada hari ini. Pengorbanan seorang guru mendidik warisan negara memang tiada bandingnya. dari mana asalnya segala cita-cita jika tidak dimulai dari guru…di mana asalnya sebuah kejayaan kalau tidak dari guru..di mana hadirnya sebuah tauladan kalau tidak dari guru. pada zaman dulu guru merupakan seorang paling disegani di mata setiap ihsan kerana mereka sangat menghormati guru yang yang banyak memberikan tunjuk ajar. Tetapi pada zaman sekarang, amat jauh bezanya taraf seorang guru, masyarakat seakan lupa pada asal kejayaan mereka, seolah-olah sombong pada ilmu, riak pada kejayaan. mereka telah lupa pada titik permulaan sebuah kejayaan yang telah menjadikan mereka manusia yang sebetul-betulnya manusia pada masa sekarang. Istilah bodoh sombong amat sesuai sekali ditujukan pada sesetengah anak muda kita yang masih tidak sedar tujuan ilmu itu disampaikan kepada mereka. Tapi kecetekan pemikiran anak muda kita bukan juga harus dicaci tetapi tanggungjawab untuk memperbetulkan jalan kejayaan merek juga terletak pada guru. tetapi ini tidak bermaksud ibu bapa boleh lepas tangan dalam agenda ini kerana ibu bapa juga perlu memberi peranan yang tegas kepada anak-anak mereka.

Pada hari guru ini, aku cukup gembira atas sikap murid-murid aku yang selama ini masih sedar akan peranan mereka sebagai murid. cukup panjang aku berceloteh, aku tidak mahu memualkan sesiapa… ada sedikit paparan tentang apa yang telah berlaku pada Hari Guru di sekolah aku. Tahniah kepada semua guru SK Kpg Jawa 2 kerana telah berjaya menjadikan Hari Guru sebagai hari yang sangat gembira kepada semua murid-murid di sekolah ini.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh tersebut iaitu pada 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut juga dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) dan sejak itu telah menjadi Dasar pelajaran Kebangsaan.

 

JUMAAT, 8 May yang lalu aku telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Maha Vihara Temple di Brickfield untuk melihat sendiri bagaimana masyarakat Buddha meraikan Hari Wesak. Pada asalnya agenda ini telah diusulkan oleh Shuk. Setelah hampir berbelas2 org member diajak akhirnya hanya aku, shuk, ari tukang buat shushi, lence dan bei yang berjaya menghadiri. Tapi okla daripada xde. kepada yang x dapat pegi atau yang x sempat diajak, korang tengok jela gambar2 yang ade ni..hehe

tempat meletak kayu gaharu ini diukir yang menyerupai satu wajah. aku sendiri pun tak tahu samada ini wajah singa atau dewa..aku kurang jelas ketika penerangan tersebut.

mereka merupakan salah seorang penyambut kedatangan sami buddha. pakaian mereka menimbulkan keunikan pada perayaan ini dan mereka juga berasal dari sri lanka. mereka dijemput khas semata-mata untuk menjadi penyambut kepada sami yang berkumpul pada hari ini.

mereka merupakan sami yang merupakan tunjang kepada kepercayaan Buddha di negara ini. mereka di anggap suci dan mulia oleh masyarakat buddha di negara ini. salah seorang yang memakai cermin mata itu merupakan ketua mereka.

kelihatan seorang sami merenjiskan sesuatu kepada mereka yang hadir untuk upacara sembahyang. masyarakat buddha yang berdoa ketika ini akan disucikan dosanya mengikut kepercayaan mereka.

gamabr ini diambil ketika senja di mana lampu2 neon telah dinyalakan. ini merupakan menara wisma dharma cakra untuk para penganut buddha berkumpul dan berdiskusi.

para penari membuat persembahan untuk menyambut para buddha ke tempat acara untuk menyalakan pelita yang pertama.

antara aksi penari penyambut buddha yang sempat kami lihat.

antara pelita yang dinyalakan oleh sami buddha

susunan pelita yang telah dinyalakan menerangi kawasan kuil buddha pada malam ini

gambaran pelita di ambil sudut atas

ketika ini, seramai berpuluh orang sami buddha mengelilingi pelita yang besar ini untuk menyalakan pelita ini. pelita ini adalah simbol untuk mengingati roh-roh yang telah masuk syurga.

salah satu patung buddha yang terdapat di situ menarik minat saya di mana pencahayaan yang digunakan sangat menarik dan menampakkan seperti satu cahaya yang datang dari atas patung buddha itu.

‘malam ini tidurku nenyak’

pengantin di seri sabah

pengantin di seri sabah

 this picture being taken when i’ve been tagged by my big fren in a wedding ceremony on last friday nite. first of all sorry for the late update due to the internet connection problem this whole week. as u all knew, i’m still here at Klang doing my practical as a teacher. i hope this last two weeks of my practical could improve me and change my personal attitude to be a better teacher for the future.

‘lirik-lirik mata memandang’ is about a potraiture of a bride who is waiting for her lover to let go her ‘purdah’ as purdah is a ‘Hijab’ for this young bride. for every couple out there, a wedding is the most wonderful thing that they will remember for their whole lifetime as a married couple. wedding is an event that being done only once for the loving couple except divorce happens and one of them will or maybe get married for another time.

wait for next updates and feel free to comment.

life is so meaningful with love from your heart

setelah hampir beberapa minggu blog aku ini tidak diupdate kerana ada sedikit masalah kepada system pada pc aku, akhirnya aku berjaya jugak mengupdate walaupun hanya satu gambar. ini adalah sekolahku…tempat aku menyebar ilmu kepada bebudak yang berminat nak belajar. selama hampir 5 minggu aku di sini, aku amat berpuas hati di atas layanan guru-guru dan reaksi murid-murid terhadap kehadiran aku di sini. aku merasakan seperti seorang artis yang dikerumuni peminat walaupun peminat hanya terdiri daripada golongan cilik. jadi artis di sekolah lagi best dr jd artis di dunia hiburan.sangat menjengkelkan..masih ada baki 3 minggu lagi untuk aku menghabiskan praktikal dan aku berharap hasil dari pengalaman aku disini mematangkan aku lagi dan menguatkan semangat aku untuk menjadi seorang guru yang terbaik di semesta alam..doakan aku..

May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Flickr Photos

More Photos