Pada kali ini, majlis perkahwinan diantara Sofy dan Adib telah dilangsungkan di Johor Bahru.Majlis berlangsung dengan lancar dan ramai tetamu telah hadir. Perkahwinan ini merupakan majlis perkahwinan abang kepada rakan rapat saya di dalam institut selama 5 tahun. terima kasih kepada saudara bob dan abangnya yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengabadikan kenangan di dalam majlis yang amat penting sekali buat mereka. Keluarga mereka amat peramah dan sudah tentu segala jenis makanan amat cukup mengenyangkan selama 3 hari saya tinggal bersama mereka di Gelang Patah. Kepada pihak pengantin, tahniah diucapkan dan anda berdua memang sporting habis. album akan diserahkan kepada mereka tidak lama lagi dalam masa yang terdekat.

‘hari-hari ada kerja, hati banyak suka’

Advertisements